Thursday 6 June 2013

Berkasih Sayang Biar pun Berjauhan

Assalamualaikum .... :-)

Hari memandangkan As dapat call daripada hubby yg die x boleh balik minggu ni..yg menjadikan As terpaksa pretend to be Single for about 3 weeks...huhuh..sooo As rase terpanggil utk menulis post berkenaan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. :-(

Tentu ramai yang pernah mendengar istilah ‘PJJ’ iaitu singkatan bagi perkahwinan jarak jauh. Malah mungkin ramai di kalangan korang sedang melalui fasa tersebut. Inilah salah satu cabaran alam rumah tangga...huhuhu...


Bagi korang yang pernah melalui fasa PJJ ini, mungkin istilah ini tidak pelik namun bagi yang tidak pernah mengalaminya, mungkin akan terasa sedikit janggal dan lucu. Istilah lain iaitu weekend wife atau weekend husband tidak dinafikan sedikit sebanyak menguji emosi pasangan seterusnya mampu menggegarkan rumah tangga korang yg tidak mampu dikendalikan dengan baik. Namun demi tugas atau pelajaran, pasangan terlibat terpaksa akur dan mengharapkan akan ada pengakhiran buat rumah tangga korang kan...?

Jarak yang jauh dengan adalah satu cabaran kerana masa untuk bertemu dan melunaskan pelbagai tanggungjawab adalah amat terhad. Ya, bukan mudah untuk menghadapi situasi ini. Kedua-dua pihak perlu berkorban dan bertolak ansur. Biasanya jika berjauhan, isteri akan keseorangan atau mungkin akan tinggal bersama keluarga. Dengan kata lain, si isteri cam As ni harus kental berdikari menguruskan perihal rumah tangga dan diri sendiri dengan cekap dan bijak.

Masih terngiang2 di telinga ni gurauan seorang sahabat yang sudah mengalami suka duka menjadi weekend wife "nt ko pun cam aku la eh...hehe..baru mase tu sebelum tido ko nangis teringat kat hubby" dengan nada bergurau..hehe.. time tu As just tersengih2 je ye la..time tu baru kawin..mang r x kene tinggal lagi..dengan kata lain x pernah terlintas akan mengalami nasib yg sama..huhu..Beban rindu sukar diungkap dengan kata-kata, namun As mengakui teknologi komunikasi moden kini banyak membantu As untuk tidak terasa begitu jauh dengan hubby... :-(

Mujurlah As tinggal dengan family soooo x de la terasa sgt waktu hubby pergi menjalankan tugas di tengah lautan. Kalau tak As sendiri tak dapat bayangkan camner agaknye keadaan As ek... (imagine jap)..hehehe..

Ok la...x mo cedih2..huhu...hati As sendiri pun tenang bile terbaca artikel berkenaan PJJ ni...kt sini As nak share sedikit tips utk kekal bahagia walaupun berjauhan..:-)



Cari jalan bahagia
Ingatlah kebahagiaan perkahwinan tidak terletak pada kesempurnaan semata-mata tetapi terletak pada hati yang sentiasa reda dan positif melalui kehidupan ini. Usah fokus kepada masalah-masalah yang timbul tetapi carilah jalan bagaimana untuk mencipta bahagia sedangkan diri dan pasangan terpisah jauh beribu-ribu batu. Moga tip yang dipaparkan akan memberikan panduan dan kebahagiaan kepada pasangan yang melayari bahtera pernikahan secara jarak jauh.

Terima kenyataan dan komited
Terima kenyataan bahawa anda memiliki pasangan yang berada jauh. Set kan pada minda bahawa anda perlu melalui kehidupan tanpa si dia berada di sisi sepanjang masa. Hanya dengan menerima kenyataan ini anda akan menjadi kuat untuk menempuh cabaran kehidupan berumah tangga jarak jauh ini terutama sekali  ketika melalui saat-saat genting. Jangan sesekali membanding-bandingkan rumah tangga anda dengan perkahwinan orang lain yang tinggal sebumbung kerana halnya tidak akan sama. Sentiasalah bersikap positif dan bersabar. Jika anda mempunyai anak dan ia tinggal bersama anda, terangkan kepadanya kenapa ayah atau ibunya tidak selalu bersama seperti keluarga orang lain.

Jaga kehormatan diri
Apabila pasangan tiada di sisi, jangan pula kita berlagak bujang dan bebas bergaul dengan insan bukan muhrim. Ingatlah anda adalah suami atau isteri orang yang wajib menjaga kehormatan diri. Benar anda mungkin sepi dan rasa sunyi. Oleh sebab itu, semasa ketiadaan suami atau isteri, cuba penuhi masa anda yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti menumpukan perhatian kepada anak, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengambil kursus secara sambilan atau melakukan kerja sambilan. Usah membuka ruang pada diri anda untuk terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti pergaulan bebas dengan bukan muhrim.

Kerapkan berhubung
Hubungi pasangan anda dengan kerap. Anda pasti rindu padanya dan luahkan cinta anda menerusi panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, e-mel atau saluran media sosial seperti Facebook. Teknologi terkini seperti Skype dan panggilan video membolehkan anda boleh berkomunikasi dengan pasangan anda dengan lebih mudah dan berkesan. Sekiranya ada hal mengenai anak atau keluarga, segera maklumkan kepadanya kerana hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasa dekat, diperlukan, sebahagian daripada keluarga dan disayangi anda.

Maksimumkan masa bertemu
Berusahalah memaksimumkan tempoh pertemuan anda dan pasangan. Rancang dan wujudkan jadual sepanjang tahun dan tentukan tarikh anda boleh bersamanya. Adalah lebih baik jika pertemuan boleh dilakukan ketika cuti hujung minggu dan ketika anda bercuti peristiwa atau public holiday. Anda juga boleh merancang agar pasangan dan anda bergilir-gilir untuk pergi ke lokasi tempat tinggal masing-masing supaya lebih adil dan saksama. Selain itu gunakan masa bertemu sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan melakukan aktiviti berfaedah bersama.

Jujur dan setia pada pasangan
Bersikap jujur pada pasangan anda adalah kemestian dalam hubungan jarak jauh. Letakkan kejujuran ini pada sudut hati yang paling dalam. Justeru, murnikan hubungan anda dengan rasa  jujur dan setia nescaya pasangan anda juga akan berbuat demikian. Jangan sesekali menipu walau pun mengenai hal-hal yang kecil kerana si dia berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Tepis godaan dari luar yang mungkin akan mengeruhkan keadaan. Apabila kita komited, jujur, setia dan menghormati ijab kabul anda dan pasangan, tidak mustahil segala perkara negatif seperti perbuatan menduakan suami atau bermain kayu tiga dapat ditangkis.

Tunai tanggungjawab masing-masing
Anda dan pasangan anda perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami, isteri atau ibu dan bapa kepada anak-anak. Meski pun berada jauh, tanggungjawab dan kewajipan terhadap mereka tetap perlu dilunaskan. Sebagai contoh suami perlu menyediakan nafkah, perlindungan, tempat tinggal semampunya ia walau pun tidak duduk sebumbung. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya anda tidak mampu untuk menunaikannya kerana dengan kukuhnya sesebuah ikatan perkahwinan itu terletak pada persefahaman, saling bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Saling percaya
Berikanlah kepercayaan kepada pasangan anda saat anda berdua berjauhan. Suami atau isteri yang patuh pada agama sudah tentu akan sentiasa menjaga kesejahteraan rumah tangga. Yakinlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Oleh sebab itu, jagalah pekerti anda supaya suami juga melakukan hal yang sama.

Sentiasa menghargai  dan raikan pasangan
Hargailah pasangan anda dengan mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan anda berdua. Raikan juga saat-saat gembiranya seperti kenaikan pangkat, kejayaannya menurunkan berat badan  atau keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak. Kirimkan jambangan bunga atau hadiah sebagai tanda penghargaan anda. Apabila bertemu pula raikan ia dengan memasak makanan kegemarannya atau membawanya ke tempat yang disukainya. Wujudkan saat romantis anda dan dia berdua-duaan seperti keluar bersama atau dating yang pastinya akan menghangatkan ikatan kasih sayang yang terjalin.

Tulis surat cinta
Selain itu, menulis surat cinta adalah idea lama yang boleh dipraktikkan kala berjauhan. Apa kata tulis surat cinta yang penuh kata-kata romantis dan kasih sayang untuk kepada suami atau isteri. Sebagai contoh anda dan suami terpisah selama sebulan maka tulislah 30 surat cinta yang berbeza isi kandungan buatnya dan suruhlah dia membuka satu surat setiap sehari supaya kasih antara anda berdua sentiasa membara dan segar setiap hari.

Tawakal dan berdoa
Di saat anda tidak berada di sisinya maka berdoalah kepada Allah SWT agar dipelihara keselamatan pasangan anda dan kesejahteraan rumah tangga yang terbina. Deria manusia amat terhad tetapi Allah SWT  Maha Mendengar dan Maha Melihat. Pohonlah pada Rabbul Izzati agar pasangan sentiasa jujur dan setia dalam melayari bahtera perkahwinan walau pun jarak yang jauh memisahkan. Pinta juga keredaan hati menempuh pelbagai dugaan agar anda sentiasa pasrah dalam mencari syurga rumah tangga.

(Sumber : Majalah Pa & Ma Mac 2013)

As harap korang yang akan atau sedang mengalami fasa PJJ ni dapat menggunakan tips ini untuk sentiasa positif dan lebih bersemangat utk meneruskan hari2 korang..alaaaa...macam As jgk...kite same..hehe (positif nih!!)..hehe..ni sedikit selingan..as selitkan beberapa pic best moment me n my hubby during honeymoon...hehehe

Renung2kan dan selamat beramal.... Chaiyok!

Colmar, Bukit Tinggi

Strawberry farm, Cameron Highland
Miss this moment damn much!!..huhu



Tuesday 4 June 2013

Indahnya Bercinta Selepas Nikah.... :-)

Assalamualaikum....:-)



hi.. Entry kali ni best ckit..hihihi..yela pasal bercinta after nikah.. yup!! From my experienced.. until today..we are still in Love.. Actually As n En. suami ni mang dah lama kenal...sejak zaman skolah lagi..tp entah cmner ntah ade angin ribut yg melanda n menjadikan kami semakin renggang...hahaha..

Selepas tamat ijazah, ntah camner ntah...ade angin ribut yg membawa kami kembali...hehehe..  perkenalan kitorg  kali ini mmg singkat.. die text As beberapa kali then jadi kawan balik x lame pas tu trus hantar tanda..haha.. express kan...hehe yela takut melepas utk kali ke2 kot...hihi.. xdela.. bukan ape.. smuenya bergantung kepada MATLAMAT kan?? matlamat kami.. nak cari pasangan hidup..buddy.. pelengkap kekurangan kami... buat ape nak bazir2 masa couple.. bukan boleh buat ape ape pun..kan?? haha.. yela.. kalo lebih2 nnt muncul la yg KETIGA... menghasut suh buat mende yang x baik...


Alhamdulillah..syukur.. pas risik & bertunang.. Memang.. saye sndr x sangka yg kitorng ni kuat jOdoh.. & everything going smoothly... abg..betol la abg punye ayat keramat abg time tu "bila sy dah berjaya sy akan cari awk balik utk jadikan awk isteri sy"hah!!! amik kaw!...memang btol la...janji di kota bila cincin di hantar sebagai tanda.. :-)



Tp yg bestnye..dalam tempOh petunangan kami ni.. xramai yg tau..even opismate..bos sendiri pun x tahu yg PA die ni dah bertunang..hahah...kami pun bnyk membatas kan pergaulan kami.. lebih kepada sahabat..wiwi.. bayangkan sepanjang tempoh bertunang kami x pernah jumpe walau skali pun...mase bertunang pun en. suami x mai tau..haha..lagi 7-8 bulan nak kawen baru la ade yang dapat menghidu..hihi... ala.. tunang lagipun.. bukan la sesuatu yang perlu dihebahkan.. cukup sekadar keluarga & teman rapat mengetahui dah la..



Haaa..weouls da nikah!!! alhamdulillah.. pada 1.5.2013 saye dah sah menjadi yang halal buat my zauji.. Asiah dan Shaiful dah official jadi kekasih halal.. wiwiwi..bermulalah kehidupan kami as hubby wifey.. selingan jap.. ni pic time akad nikah tau...hehehe...



Best!! after kawen mmg best.. syukur.. betolla..tgglkan kemanisan dikemudian hari.. sgt agreed!! pegi mane2 org dok ckp we like kekasih jer.. bkn hubby wifey.. selagi xde anak (soon in shaa Allah) laa.... hihi.. ape yang best eh?? nk pegi mane2 berteman..ade org bley pimpin tgn kite dapat pahala lagi.. solat jemaah same2.... mengaji sesama... mcm2 lgi la..wiwiwi.. & gadoh manje2 tu mestila ade.. (tp jgn lame2 la) & lumrah rumahtangga.. bab kate P.Ramlee dlm lagu die.. "sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri..." harap mahligai yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat..amin..


befOre end my entry.. kasi upload sikit gambar time wedding As pada 4.5.2013 (1bulan yg lepas)...hehehe...love u syg... smoga Allah S.W.T.memberkati kita..& kurniakan kita zuriat2 yang soleh solehah.. sempurna ... beriman.. amin..


hehehe...prince n princess of the day..hehe
Sesi bergambar selepas akad nikah


Ni la orang2 kuat yg sentiasa membantu from start until the end of my big day..hehe thanks sesangat korang... muuuuaaah!!!

Wish to have cute baby cm ni tau...aminn..dengan izinnya InsyaAllah :-)



Siapa pun jodoh mu redha la...InsyaAllah Tuhan mempunyai perancangan yg terbaek utk hambaNya....















Persiapan sebelum Majlis Bertunang!!!

Salam....

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan boleh dikatakan jgak musim ni sebagai musim org kawin...dengan kata lainnya "musim mengawan"...hehehe... as nak share la serba sedikit tentang persiapan bakal2 tunang n bakal2 pengantin yg ingin melangsungkan hari bahagia mereka x lama lagi...post ini mungkin berguna bagi anda..hehe..


Haaaa...mesti korang suke sgt2 kan...bila dapat propose mcam ni kan...hehe...lamaran dari teman lelaki korang menunjukkan tahap kesedian bf korang utk memikul tanggungjawab sepenuhnya keatas korang tau...hehe...once dah dapat propose mcam ni..sooooo ape lagi...hehe..once there is an acceptance then si bf korang pun akan move to the next stage..iaitu BERTUNANG..hehe..

MAJLIS PERTUNANGAN

As punye majlis bertunang sangat simple...hehe..maklum la time tu baru je bekerja..so duit x de lagi nak buat grand2..hehe..tp sume tu x penting..yg penting majlis berjalan ngan lancar...hehe...bagi korang yg masih tertanya2 time bertunang hantarannye ape ek...list ni mungkin serba sedikit dapat membantu korang...meh tengok meh!!!

As punye hantaran time tu just 7 dulang berbalas 11 dulang:

Pihak Perempuan
As punyer simple sgt2..pasai bajet ciput..hehe
  • Sejadah
  • Tuala
  • Kain Pelikat
  • Kain Pasang (Baju Melayu)
  • Kek
  • Buah-Buahan
  • Tart telur (Pencuci Mulut)
Pihak Lelaki
Baju kurung n telekung sembahyang ada 2 sb As langkah bendul...
  • Cincin Tunang
  • Tepak Sirih
  • Baju Kurung (2)
  • Tuala
  • Telekung Sembahyang (2)
  • Sejadah
  • Coklat
  • Kek
  • Buah-Buahan
Okkai....bahagian hantaran korang dah clear kan...skarang ni...utk persiapan back drop utk tempat duduk bakal pengantin (ehem2!!). Bagi korang yg ade bajet korang boleh sewa je pelamin tunang kat kedai2 pengantin...haaa...dapt pakej skali ngn baju lagi..tapi bagi korang yg x cukup bajet, nak buat ala kadar, simple n jimat...korang bt simple cm ni je...


Ni memang sgt2 simple...pakai ape yg ade je...bak kate one of my friend..."time bertunang ni x yah r grand sgt...lgpun berape minit je pun nak duk kat pelamin tu...lain r time kawin nt"..so As ambik la nasihat org yg dah berpengalaman tu utk majlis pertunangan as ni..tmpt alas duduk tu..ehsan mak cik as yg bt sndiri... "pas ni boleh pakai lagi..kan as ramai adik2 perempuan" katenye...hehehe... pape pun Alhamdulillah pada 27.10.2012 tepat jam 4 petang As dah pun bergelar Tunangan orang...hehehe...


Baju, tudung dan layah sume nye beli sendiri...Baju and tudung x rugi beli..sbb boleh pakai lagi pas tu...layah (net) tu pun pas ni boleh pas kt adik2 lain..hehe.. credit to my friend Wan Farhana for make up n that beautiful crown..hehe...thanks sgt2..


Haaaaaaaa....ni plak member2 as yg sudi hadir utk memeriahkan lagi majlis pertunangan As...korang memang the best r beb...hanya korang je yg faham ape itu begin with refuse...hehehe... okkai done with ENGAGEMENT DAY.... now move to MARRIAGE plak..hehe...



Monday 3 June 2013

Saya x mahu jadi Doremon!!!!



Salam....:-)

Hai...im the new blogger.. people around call me "as" Peace yow!! hehe...

First time as create blog ni...jiwa ni dah meronta2 (wah ayat x leh blah..haha) nak tulis n share tentang diet program as... Saya  x mahu jadi Doremon.!! kenape Doremon...??? Kenape plak Doremon yg terkena tempiasnye..hahaha!! (kesian ko bola biru berkaki) hehe... Ok2..back to the main topic kita...As selalu samakan sesuatu yg gemuk n bulat tu macam Doremon...sbb Doremon kan bulat..haha (mungkin sebab dalam poket kat perut die tu banyak khazanah ko??)haha...tp tu kartun..ilusi semata.. Masalahnye kita ni kan manusia...so We are not fake like Doremon kan?hehe... Kalau korang nak tahu mcam tu la As waktu zaman skolah dahulu (2000-2005) gemuk macam Doremon...

Apabila stat masuk Universiti baru la datang perasaan rendah diri dan ni jugak deq faktor perkembangan fesyen yg dah mula berkembang pada waktu tu...pg shopping ngn kawan2 tapi as x leh beli (sbb x muat size) hmmm.....bayangkan...huhu..saaaaaaaangat seksa time tu...then ape lagi DIET PROGRAM BEGIN!!!


Ni beberapa diet program yg SALAH yg pernah As cuba (JANGAN TIRU YA!!)

1. I HATE RICE!!..(x makan nasi)
     Ni diet yg sangat menyeksakan bagi As...ye la nasi kan makanan ruji kita sbg org Asia ni..mane boleh x makan nasi..hehe... Nasi kan sumber karbohidrat utk badan..so no wonder la cara diet macam ni akan buat As rasa cepat letih n lesu...nak study pun x boleh..asyik nak rest je...huhuhu...memang badan cepat turun...time tu mang suka giler la sb badan dah slim...tp!!!!! once as amik nasi balik...hahahaha...terus badan naik mendadak...lastly As give up n stop diet..(frust badan kembang balik) huhu... :-(

2. Ambil pil diet!!! hahaha
    Haaaaa......ni part yg as paling suka nak cerita...hahaha... Ha...kebanyakan student mang suke sangat cara ni..ye la cepat, mudah n berkesan...mane x berkesannye...makan ubat je trus buang (masuk toilet)..hahaha...As pernah cuba cara ni beberapa kali..tp mang x leh nak taat sangat sebb ubat diet kan agak mahal..huhu...n As lak hanya bergantung ngn duit pinjaman je...sampai dah sengkek...soo kene stop jugak..haha...x ckup duit tu dah 1 hal...nk kene memerap dalam toilet n tahan sakit perut yg memulas tu r yg x tahan tuh!!! (azab kot!!)..haha...so bile difikir2 kan balik...baru la dapat kesedaran..sampai bila nk cam ni..huhu..then as stop..

Haaaa....can imagine!!! As terpaksa menahan rasa malu n rendah diri for the whole sem of Diploma tau...huhu..then bila dah masuk ke alam Degree baru la dapat tips diet yg terbaek... nak tahu???? haaaa...ni rahsianya...hehehe..

1. Kurangkan pengambilan makanan yg x sihat contohnya cam coklat (feveret tuh!!!), fast food, air berkarbonat, kuih muih dan makanan ringan yg lain..hehehe...(banyak x terkira kot!!)

2. Kurangkan makan nasi (bukan x makan langsung) dan banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.

3. JANGAN!!! makan lewat malam...(ni mang selalu buat sebb study sampai lewat malam)..hehe. sebaik2nya amalkan makan malam selewatnye sebelum jam 8...lebih dari tu...haaa...sendiri mau ingat la..hehe

4.  Rajin2 la bersenam...hehehe... paling tidak pun amalkan berjalan kaki menuju ke kelas instead of naik bas   hehehe..then..kalau boleh gunakan tangga instead of berebut2 naek lif..haha..nampak simple je kan..tapi sebenarnye ini penting utk membakar lebih banyak kalori dalam badan selain dapat menyihat kan badan... :-)

5. As jg selalu amalkan senaman "sit up" sebanyak 20 kali setiap kali bangun dari tidur dan sebelum tidur...hehe..nak jaga perut la katekan...hehe..

Haaaa....ni la semua tips yg berguna yg boleh korang sume gunakan dalam usaha utk menurukan berat badan....hehehe...ingt jgn hanya bergantung pada ubat kurus semata2 tau!!!..hehe 

selamat mencuba!!!